Perspektif undang-undang Serbuan Gereja Methodist Damansara Utama

Undang-undang wajib ditegakkan. Objektif penggubalan undang-undang untuk memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada semua manusia. Maqasid Syariah menegaskan keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun sebenarnya ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III menjelaskan bahawa undang-undang syariah Selangor berkuasa menghalang sesiapan yang menghina dan mempersendakan agama Islam. Dari sudut undang-undang — Perlembagaan Malaysia mahupun enakmen Syariah di Malaysia — jelas mengiktiraf bahawa agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyatakan JAIS bertindak berdasarkan enakmen 1988 yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional. Empat undang-undang terlibat ialah:

  1. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
  2. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
  3. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
  4. Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individu tanpa waran.

Antara kesalahan ialah termasuklah memujuk atau menggalakkan Muslim untuk tukar agama, menerima arahan ataupun untuk menyertai mana-mana aktiviti demi kepentingan agama bukan Islam; jika bukan Islam berkomunikasi dengan seseorang yang beragama Islam bagi mengakibatkan mereka didedahkan kepada sebarang ucapan berkaitan agama bukan Islam dan jika seseorang menggunakan sesetengah perkataan untuk menggambarkan kepercayaan agama bukan Islam.

Seksyen 11 enakmen ini menggariskan kesalahan-kesalahan yang “berat”, di mana di bawah Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang polis daripada menyerbu mana-mana kawasan persendirian.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa umat Islam tidak salah menerima bantuan daripada pihak Kristian atau agama lain jika terdesak. Dikatakan pejabat agama dan lembaga zakat berkira sangat memberi bantuan RM100 ke RM200. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan nampaknya canggih. [4]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Serbuan Gereja Methodist Damansara Utama http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://www.freemalaysiakini.com/modules.php?name=N... http://malaysiakini.com/news/178282 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/artic... http://archive.is/20120719192856/my.news.yahoo.com... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tindaka... http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/dept...